EA umum akan buang 5% tenaga kerja
Amanz
Februari 29, 2024 12:38 MYT
Februari 29, 2024 12:38 MYT
ELECTRONIC Arts atau EA kini menjadi satu lagi syarikat permainan video yang mengumumkan akan membuang pekerja, dalam usaha terus mengoptimasikan operasi perniagaan mereka.
EA menjadi syarikat permainan video kedua mengumumkan akan mengurangkan pekerja pada minggu ini, selepas Sony mengumumkan perkara sama melibatkan bahagian PlayStation.
EA mengatakan mereka akan membuang 5% tenaga kerja, sekali gus memberikan impak terhadap 670 orang pekerja di bawah syarikat tersebut.
Di samping membuang pekerja, EA turut mengumumkan mereka akan menamatkan permainan dan mungkin tidak bangunkan IP baharu yang dijangka mungkin tidak begitu berjaya.
Dengan langkah ini, EA akan lebih memfokuskan kepada beberapa IP utama yang dimiliki mereka, termasuk memfokuskan sukan dan juga komuniti dalam talian. -Amanz