DVS tarik balik arahan gantung import lembu, kerbau dari Australia
Afiezy Azaman
September 6, 2023 11:30 MYT
September 6, 2023 11:30 MYT
KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah menarik balik arahan penggantungan import ternakan hidup lembu dan kerbau dari Australia, berkuatkuasa serta-merta.
Menurut DVS, keputusan itu susulan perkongsian laporan penuh siasatan Department of Algriculture, Fisheries and Forestry (DAFF, Australia selepas dua sesi perbincangan teknikal secara bersama.
Sehubungan itu, DVS ingin memaklumkan kepada para pengimport ternakan lembu dan kerbau dari Australia untuk mengemukakan surat permohonan import daripada DVS sebelum membuat permohonan permit.
"Hubungan baik antara DVS dan DAFF telah membolehkan perkongsian maklumat dijalankan dengan telus dan terperinci.
"DVS juga menegaskan, semua pengimportant ternakan hidup adalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan bagi memastikan setiap konsainan diimport menjalani proses pemantauan rapi.
"DVS berharap, dengan keputusan menarik semula sekatan import ini memberi kelegaan kepada industri dan seluruh rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Pada 4 Ogos lalu, DVS menggantung sementara import ternakan hidup lembu dan kerbau dari Australia susulan dakwaan pihak berkuasa Indonesia mengenai penemuan tanda-tanda jangkitan Lumpy Skin Disease (LSD) pada lembu yang diimport dari Australia itu benar, memandangkan Malaysia turut mengimport lembu dan kerbau dari negara tersebut.