Durian Musang King: Sejauh mana anda sanggup berbelanja?

Astro Awani
Februari 7, 2014 07:30 MYT
Baunya terlalu kuat, sehingga ada yang tidak menggemarinya membandingkan dengan bau bangkai tikus.
Itu reaksi segera yang pasti diluahkan mana-mana pelancong asing setiap kali menghidu bau raja segala buah, iaitu durian.
Malah, disebabkan durian, kecoh Australia tahun lalu kerana disangka bau gas bocor.
Kejadian gempar di Australia itu merupakan pengenalan terbaik buat durian di negara kangaroo itu.
Ini kerana, Ogos tahun lalu, MASkargo buat pertama kalinya menghantar dua tan durian segar sejuk ke Sydney, Australia menggunakan cara pembungkusan baru oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).
Durian itu dipasarkan di empat pasar raya di Sydney.
Di sebalik baunya yang kuat, durian yang dilabelkan sebagai buah paling luat baunya di dunia mula dijual di United Kingdom (UK) buat pertama kalinya.
Durian Musang King dipilih sebagai jenis pertama durian yang di eksport ke negara "Mat Saleh" itu.
Perkara itu mendapat perhatian akhbar dalam satu rencana disiarkan 3 Februari lalu.
Akhbar itu yang memetik kenyataan jurucakap bagi Malaysia Kitchen, Stanley Harper, pemilihan Durian Musang King dibuat kerana rasanya yang enak, harum serta bersaiz besar.
Menurut Harper, pada peringkat awal, Durian Musang King hanya dijual di rangkaian Pasaraya Loon Fung.
Bagi mempromosikan Musang King di United Kingdom, katanya, juara Masterchef, Tim Anderson yang juga duta bagi Malaysia Kitchen menggunakan durian jenis itu dalam penghasilan ais krim durian dan memasak ‘risotto’ durian.
Itulah Durian Musang King atau lebih dikenali di Kelantan sebagai Durian Kunyit.
Malah, bagi seorang penanam durian, Tina Chong, nama Durian Musang King itu berasal dari Gua Musang, manakala perkataan 'King' itu sebagai rujukan raja kepada segala buah durian.
Klik video untuk mengikuti temubual bersama Tina Chong.
Astro AWANI turut mengadakan pungutan suara dikalangan pembaca astroawani.com bagi mengetahui sejauh mana mereka sanggup berbelanja untuk menikmati raja segala buah ini.
Daripada pungutan suara tersebut, 63 peratus sanggup membayar RM100 hingga RM150 sahaja untuk menikmati durian di UK.
Sementara 25 peratus pula sanggup membayar pada harga maksimum kira-kira RM200 hingga RM250.
Undian ini turut mendapat respon di media sosial.

I'm not even think of buying it! RT @501Awani: Undian: Berapa anda sanggup bayar untuk sekilogram Durian Musang King jika di London?

— Ben Jr.™ (@Ben_JrJulius) February 7, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani: How much are you willing to pay for Musang King durian in London? http://t.co/qnPKnSmlUm”kat Msia pon aku xmampu

— JJ (@jackjehan) February 7, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Frozen Whole Musang King #Durian ($28.84 1.825kg) @ Everspring, 2/4 Hughes St, Cabramatta — yield 507g flesh/seed pic.twitter.com/hapmJ0HNNy

— SimonLeong (@SimonLeong) August 28, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, wartawan Astro AWANI, Cynthia Ng turut menjelajah ke dua negeri iaitu ke sebuah dusun durian di Johor dan menyaksikan proses pembungkusan durian untuk eksport di Melaka.
Klik video untuk mengikuti laporan bersama Cynthia.
Tangkak, terkenal sebagai antara pengeluar utama durian di Malaysia, khususnya Musang King. Hari ini kami datangkan khas seorang pengusaha durian, khususnya Musang King yang dieksport ke London, iaitu Pengarah Eksekutif Foodwise, Cecilia Ang.
Klik video untuk mengikuti temubual bersama Cecilia dimana beliau menerangkan bagaimana durian mampu menembusi pasaran eskport di United Kingdom.
Bagi mengetahui bagaimana proses pembungkusan Durian Musang King sehingga ia boleh dieksport, klik video bagi mengikuti temubual bersama tetamu Awani745 hari ini, Pengarah ARTM Services SDN BHD, Abdul Latif Mohd Nasir.
Wartawan Tan Su Lin turut membuat tinjauan bagi melihat sendiri kemeriahan jual beli durian di pusat penjualan durian popular di SS2, Petaling Jaya.
#durian #Musang King #Raja Segala Buah
;