Dunia seni kehilangan sebutir bintang - PM Ismail Sabri

Azyyati Ahmad
Oktober 24, 2021 10:48 MYT
Ismail Sabri berkata dunia seni hari ini kehilangan sebutir bintang dengan pemergian Mamat Khalid. -Gambar fail
PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memanjatkan doa dan menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian pengarah tersohor Mamat Khalid.
Dalam ciapan di akaun Twitternya, Ismail Sabri berkata dunia seni hari ini kehilangan sebutir bintang dengan pemergian Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid.
“Allahyarham yang merupakan adik kepada kartunis terkenal negara iaitu Datuk Lat, antara penerbit serta pengarah tersohor tanah air dan disegani dalam dunia perfileman negara.
"Takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan para penggiat seni tanah air di atas kehilangan ini,” tulisnya.

Alfatihah Dunia seni hari ini kehilangan sebutir bintang dengan pemergian Allahyarham Mohamad bin Mohd Khalid atau dikenali sebagai Mamat Khalid, yang meninggal dunia sekitar jam 12.30 pagi tadi. pic.twitter.com/vUeM2KPzjv

— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) October 24, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mamat Khalid, 58, meninggal dunia lewat malam tadi, di Hospital Slim River, Perak ekoran serangan jantung.
Mamat yang juga adik kepada kartunis tersohor negara, Datuk Lat meninggalkan seorang balu, Hasmah Hassan dan lima anak.
#Perdana Menteri #Datuk Seri Ismail Sabri #Mamat Khalid #kehilangan sebutir bintang
;