DUN Sarawak: Tiga RUU dibentangkan termasuk perbekalan tambahan 2022

Shafik Ahmad
Mei 18, 2022 14:46 MYT
KUCHING: Tiga Rang Undang-Undang (RUU) dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Mesyurat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Rabu.
RUU pertama melibatkan RUU Perbekalan Tambahan 2022 yang dibacakan oleh Timbalan Premier merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Kedua, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Ketika membentangkan, Uggah berkata RUU tersebut akan dibaca kali kedua pada Jumaat.
Selain itu, Dewan turut dimaklumkan mengenai pembentangan RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2022 oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Premier (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali untuk bacaan kali pertama.
Manakala bacaan kali kedua dilakukan pada jam 10 pagi Rabu dan dibahaskan oleh 12 anggota dewan dari blok kerajaan dan pembangkang.
Bagi RUU ketiga melibatkan RUU Hutan 2022 oleh Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada bacaan kali pertama.
Menurutnya yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua, bacaan kedua RUU itu akan dibentangkan pada Khamis.
#DUN Sarawak #Pembentangan RUU Sarawak #Perbekalan Tambahan Sarawak #Kanun Tanah
;