DUN Sarawak sehari, dua RUU diluluskan

Astro Awani
Mei 11, 2020 15:04 MYT
Sidang DUN Sarawak hanya berlangsung sehari susulan pelaksanaan PKP. - Gambar Astro AWANI
Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berlangsung hari ini dengan pembentangan dua usul Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan bagi tahun 2019 dan 2020.
Persidangan sehari itu menyaksikan 76 anggota dewan sebulat suara bersetuju dengan usul yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang disokong Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri James Jemut Masing.
Sementara itu, dua usul persendirian oleh ADUN Batu Lintang, See Chee How dan Ba’ Kelalan, Baru Bian ditolak Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar.
Berlangsung dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), setiap yang hadir di dewan tersebut perlu mematuhi garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
Ia termasuk penggunaan penutup muka dan hidung, mengamalkan penjarakan sosial serta menggunakan cecair pembasmi kuman.
#ADUN #Douglas Uggah Embas #DUN #James Jemut Masing #Mohd Asfia Awang Nassar #PKP #RUU #Sarawak
;