KUCHING : Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sebulat suara meluluskan rang undang-undang (RUU) Kanun Tanah (Pindaan) 2022 selepas bacaan kali ketiga semasa Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN Sarawak ke-19 pada Rabu.
Usul itu pada mulanya dibentang oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali untuk bacaan kali pertama dan kedua.
Pembentangan itu dibahaskan lebih 17 anggota dewan dari blok kerajaan dan pembangkang.
Perkara itu diumumkan Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar selepas mengambil kira jumlah sokongan dari semua anggota dewan.
Ketika sesi bacaan ketiga, Sharifah Hasidah menegaskan pindaan ini dilakukan untuk memanfaatkan rakyat Sarawak dengan menambah sumber pendapatan negeri sekali gus mengambil pendekatan dasar mesra alam sekitar.
“Dua hasrat kerajaan negeri berhubung penyimpanan karbon adalah untuk menjana pendapatan dan mengurangkan pelepasan karbon.
“Untuk makluman, pindaan tersebut sebenarnya bertujuan untuk mengawal selia penggunaan tanah bagi simpanan karbon yang akan mengurangkan pelepasannya oleh syarikat minyak dan gas.
"Jadi dalam proses itu, simpanan karbon dioksida akan disimpan sama ada di kawasan yang diluluskan oleh pihak berkuasa perancang negeri atau untuk digunakan industri seperti pengeluaran hidrogen biru, ammonia biru atau biofuel.
“Justeru, penyimpanan karbon boleh menambah sumber pendapatan kepada negeri dan membolehkan penjanaan unit kredit karbon, maka tiada konflik di sini,” tegasnya semasa menjawab persoalan ADUN Padungan.
Manakala, mengenai isu spektrum pula, pindaan itu bertujuan untuk membolehkan negeri melaksanakan hak kawal selia ke atas penggunaan spektrum di atas ruang udara di atas tanah di Sarawak.
“Ini adalah bertujuan untuk mengawal spektrum dan tidak sama sekali bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Saya ingin mengulangi bahawa hasrat kerajaan negeri adalah untuk memastikan penyedia perkhidmatan meluaskan perkhidmatan telekomunikasi ke kawasan luar bandar supaya penduduk luar bandar tidak ketinggalan apabila negeri meneruskan rancangannya untuk ekonomi digital,” tambahnya lagi.
Fadilah Sulaiman
Wed May 18 2022
![DUN Sarawak: Pindaan RUU Kanun Tanah dilulus DUN Sarawak: Pindaan RUU Kanun Tanah dilulus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652870542_TBDUNBSWKjpg.jpg)
Kelulusan yang dibuat di DUN Sarawak hari ini bertujuan untuk mengawal selia penggunaan tanah bagi simpanan karbon yang akan mengurangkan pelepasannya oleh syarikat minyak dan gas di negeri itu. -Gambar Fail
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
KKM peruntukkan RM21.5 juta naik taraf 58 klinik daif Sabah
KKM memperuntukkan RM21.5 juta untuk menaik taraf 58 klinik kesihatan daif di seluruh negeri Sabah.
![Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720338475_TokMatseremban.jpg)
Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad
Menteri Luar mengesahkan Malaysia telah menyerahkan nota diplomatik kepada PBB bagi menegaskan kedaulatan negara ini, susulan tuntutan Filipina terhadap Sabah.
![LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
Kementerian, jabatan kerajaan Persekutuan serta badan berkanun yang menerima teguran LKAN perlu memberi keutamaan terhadap aspek tatakelola dan kebertanggungjawaban.
![Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720343260_TBFranceElection.jpg)
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
![GPS kemuka cadangan tambahan 4 kerusi DUN baharu Sarawak kepada SPR GPS kemuka cadangan tambahan 4 kerusi DUN baharu Sarawak kepada SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715593745_UKKKKRjpg.jpg)
GPS kemuka cadangan tambahan 4 kerusi DUN baharu Sarawak kepada SPR
Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengemukakan cadangan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk penambahan empat lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.
![Persempadanan semula DUN Sarawak perlu libatkan kawasan bandar dan luar bandar - Abang Jo Persempadanan semula DUN Sarawak perlu libatkan kawasan bandar dan luar bandar - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715420282_Persempadanan.jpg)
Persempadanan semula DUN Sarawak perlu libatkan kawasan bandar dan luar bandar - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kawasan yang terlibat wajar melibatkan penduduk pelbagai bangsa serta pembahagian kawasan bandar dan luar bandar
![Sarawak terus berusaha jayakan agenda tambah bilangan wakil rakyat di Parlimen Sarawak terus berusaha jayakan agenda tambah bilangan wakil rakyat di Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715143635_TBSharifahHasidah.jpg)
Sarawak terus berusaha jayakan agenda tambah bilangan wakil rakyat di Parlimen
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini diberitahu bahawa Sarawak akan terus berusaha ke arah menjayakan agenda menambah bilangan wakil rakyatnya di Parlimen.
![DUN lulus Rang Undang-Undang Perbadanan Perhutanan Sarawak DUN lulus Rang Undang-Undang Perbadanan Perhutanan Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715095827_TBDUNSWAK.jpg)
DUN lulus Rang Undang-Undang Perbadanan Perhutanan Sarawak
RUU itu diluluskan selepas tujuh Ahli DUN mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.
![Dewan Undangan Negeri Sarawak bersidang selama 8 hari bermula 6 Mei Dewan Undangan Negeri Sarawak bersidang selama 8 hari bermula 6 Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/41589181661_DUNSarawak.jpg)
Dewan Undangan Negeri Sarawak bersidang selama 8 hari bermula 6 Mei
Mesyuarat Pertama Sesi Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 akan berlangsung selama lapan hari dari 6 hingga 15 Mei ini.
![Suasana pilu selubungi Istiadat Penghormatan Negeri Abdul Taib di DUN Sarawak Suasana pilu selubungi Istiadat Penghormatan Negeri Abdul Taib di DUN Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708568935_TBtaibmahmudj.jpg)
Suasana pilu selubungi Istiadat Penghormatan Negeri Abdul Taib di DUN Sarawak
Suasana pilu menyelubungi DUN Sarawak hari ini sebaik jenazah Abdul Taib Mahmud tiba bagi Istiadat Penghormatan Negeri.
![Orang ramai beri penghormatan terakhir kepada Tun Abdul Taib Orang ramai beri penghormatan terakhir kepada Tun Abdul Taib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708556858_TBTaibMahmud.jpg)
Orang ramai beri penghormatan terakhir kepada Tun Abdul Taib
Upacara penghormatan terakhir untuk orang ramai akan berlangsung selama empat jam setengah bermula jam 8 pagi hingga 11.30 pagi.
![Pindaan Ordinan Elektrik Sarawak benarkan pemilik rumah jual lebihan kuasa - Abang Johari Pindaan Ordinan Elektrik Sarawak benarkan pemilik rumah jual lebihan kuasa - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700696454_tbAbangHajiJohari.jpg)
Pindaan Ordinan Elektrik Sarawak benarkan pemilik rumah jual lebihan kuasa - Abang Johari
Ia memberi sumber pendapatan baharu kepada pemilik rumah dan tiada lesen diperlukan untuk pemasangan panel dengan kapasiti sehingga 50KW.
![Harga beras tempatan Sarawak tidak tertakluk Akta Kawalan Padi dan Beras Harga beras tempatan Sarawak tidak tertakluk Akta Kawalan Padi dan Beras](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693627631_Rice.jpg)
Harga beras tempatan Sarawak tidak tertakluk Akta Kawalan Padi dan Beras
Harga beras tradisional tempatan Sarawak tidak tertakluk di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994.
![Premier Sarawak bentang bajet terbesar negeri berjumlah RM12.3 bilion Premier Sarawak bentang bajet terbesar negeri berjumlah RM12.3 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700465946_AbangJohariTunOpe.jpg)
Premier Sarawak bentang bajet terbesar negeri berjumlah RM12.3 bilion
Kerajaan Sarawak pada Isnin mengumumkan bajet terbesar dalam sejarah negeri itu, dengan nilainya mencecah RM12.3 bilion.