DUN Kelantan bersidang sehari pada 13 April - Speaker

Bernama
April 11, 2020 12:53 MYT
Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Ya'kub, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu. - Gambar fail/BERNAMA
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan berlangsung selama sehari pada 13 April ini (Isnin).
Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Ya'kub, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan perkara itu.
Persidangan DUN Kelantan sepatutnya berlangsung pada 23 hingga 26 Mac lalu namun ditangguhkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Penangguhan sebelum ini ekoran PKP dan persidangan pada Isnin ini untuk membincangkan apa-apa (pelbagai) agenda," katanya ringkas.
Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa PKP dilanjutkan lagi sehingga 28 April.
-- BERNAMA
#bersidang #Datuk Abdullah Ya'kub #DUN Kelantan #Muhyiddin Yassin #Perdana Menteri #Speaker DUN Kelantan
;