Dulu BN, sekarang PPBM, Mukhriz MB Kedah kali kedua
Khairunnisa Kasnoon
Mei 11, 2018 09:43 MYT
Mei 11, 2018 09:43 MYT
Meletak jawatan pada 2016 selepas hampir 4 tahun mentadbir, hari ini beliau mencipta sejarah apabila mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar (MB) Kedah yang baharu tapi mewakili parti yang berbeza.
Pada 2013, Datuk Seri Muhkriz Mahathir mengangkat sumpah Menteri Besar selepas memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam.
Hari ini, Malaysia menyaksikan, bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu sekali lagi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar selepas memenangi di DUN Jitra dengan majoriti 10,849 undi atas tiket Pakatan Harapan.
Mukhriz turut memenangi Parlimen Jerlun menewaskan calon Barisan Nasional, Othman Aziz dan calon Pas Abd Ghani Ahmad.
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah buat penggal kedua dihadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas PH memenangi PRU14 dengan memperoleh 51 majoriti kerusi DUN Selangor.
Kali pertama beliau mengangkat sumpah pada 23 September 2014 susulan peletakan jawatan MB terdahulu, Tan Sri Khalid Ibrahim.
ADUN Bukit Katil, Adly Zahari mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-11 di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.
Pengerusi Pakatan Harapan Melaka yang berusia 47 tahun itu menggantikan bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dari BN.
Pada PRU14, Adly menewaskan dua pencabarnya, Datuk Yunus Hitam dari BN dan Muhamat Bedol dari PAS dengan majoriti 3,159 undi.
Pakatan Harapan memperoleh majoriti mudah selepas menguasai 15 daripada 28 kerusi DUN di Melaka.
#AdlyZahari
#ADUN
#Azmin Ali
#Kedah
#Melaka
#Menteri Besar
#Mukhriz Mahathir
#Pakatan Harapan
#pilihan raya
#PPBM
#Selangor