Dua warga Nigeria antara enam ditahan terlibat 'Romance Scam' - Khalid

Bernama
Mac 10, 2016 08:34 MYT
KHALID: Dengan tangkapan itu, PDRM berjaya menyelesaikan 12 kes melibatkan kerugian RM400,000. - Gambar fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan enam individu termasuk dua warga Nigeria dari kumpulan 'Romance Scam' di Sunway, Subang pada Rabu.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi catatan dalam laman rasmi Twitter beliau malam tadi.
Beliau berkata dengan tangkapan itu, PDRM berjaya menyelesaikan 12 kes melibatkan kerugian RM400,000.
Katanya, tangkapan dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.
Khalid turut mengucapkan syabas kepada pasukan JSJK berkenaan.
"Syabas JSJK @PDRMsia tangkap enam orang termasuk dua Warga Nigeria Kumpulan Romance Scam di Sunway selesaikan 12 kes melibatkan kerugian RM400,000.#GoPDRMGo," katanya.

Syabas JSJK BA @PDRMsia tkap 6 org t'masuk 2 Warga Nigeria Kump Romance Scam diSunway selesaikan 12 kes melibatkan kerugian 400k. #GoPDRMGo

— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) March 9, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Ketua Polis Negara #Khalid Abu Bakar #KPN #love scam #Nigeria
;