Dua warga Malaysia maut nahas di Singapura

Astro Awani
Mac 11, 2017 21:19 MYT
Kemalangan dipercayai berlaku di bawah sebuah jejantas di Lebuhraya Seleter (SLE), ke arah Woodlands ketika sekumpulan penunggang sedang berteduh dari hujan. - Foto ihsan pembaca
Dua penunggang motosikal dipercayai warga Malaysia maut selepas terbabit dalam satu kemalangan di Lebuhraya Bukit Timah (BKE), Singapura petang tadi.
Video kemalangan tersebut yang tersebar di laman sosial sejak petang tadi menunjukkan mangsa yang dipercayai dari Johor itu adalah antara sembilan penunggang motosikal yang dirempuh sebuah van dalam kejadian sekitar jam 3.50 petang.
Kemalangan dipercayai berlaku di bawah sebuah jejantas di Lebuhraya Seleter (SLE), ke arah Woodlands ketika sekumpulan penunggang sedang berteduh dari hujan.
Sementara Bernama melaporkan Kedutaan Malaysia di Singapura sedang menunggu perkembangan dari polis republik itu bagi mengenalpasti mangsa dan sama ada benar warga negara Malaysia terlibat dalam kemalangan itu.
Kemalangan itu turut disahkan menerusi Facebook polis Singapura yang mengesahkan berlaku kemalangan dan pemandu vanberusia 25 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.
Lesen lelaki terbabit turut digantung serta merta.
#kemalangan #laman sosial #mangsa #Nahas #rakyat Malaysia #Singapura
;