Dua tren KTMB berlanggar di Stesen Tanjung Malim

Malik Ridhwan
Oktober 18, 2018 10:57 MYT
Sebuah tren komuter dan tren kargo berlanggar di Platform 2, Stesen Tanjung Malim pada 6.02 pagi ini. - Foto Twitter BNC
Satu kemalangan berlaku melibatkan pelanggaran antara tren kargo dan tren KTM Komuter di Stesen Tanjung Malim pada jam 6.02 pagi Khamis.
Dalam kejadian yang berlaku di Platform 2 itu, Tren Kargo no. 152 dengan muatan 30 gerabak memulakan perjalanan dari Stesen Jalan Kastam pada jam 2.15 pagi.
Ia dijangka tiba di Ipoh Cargo Terminal jam 7.50 pagi.
Manakala, tren KTM Komuter no. 2113 memulakan perjalanan dari Stesen Tanjung Malim ke Stesen Pelabuhan Klang, dijadualkan berlepas pada jam 6.05 pagi dan dijangka tiba pada jam 9.15 pagi.

PERHATIAN kepada para pengguna perkhidmatan tren KTM Berhad, adalah dimaklumkan bahawa telah berlaku perlanggaran di antara tren Kargo dan tren KTM Komuter di Stesen Tanjung Malim, platform 2, pada jam 6.02 pagi hari ini. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

— KTMB 03 2267 1200 (@ktm_berhad) October 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ketika kejadian, terdapat kira-kira 20 orang penumpang di dalam tren KTM Komuter.
Susulan pelanggaran itu, lima penumpang mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Klinik Kesihatan Kecil Tanjung Malim bagi mendapatkan rawatan lanjut dan telah dibenarkan pulang.
Sementara itu, 15 penumpang yang terselamat dipindahkan ke tren KTM Komuter no. 2315 untuk meneruskan perjalanan ke Stesen KL Sentral.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan berkata, akibat kemalangan tersebut, tren komuter laluan Tanjung Malim - Kepong akan mengalami kelewatan antara 20 hingga 40 minit.
Ini disebabkan penggunaan hanya satu landasan di antara Stesen Tanjung Malim dan Kuala Kubu Baru.

#Maklumanterkini Disebabkan kemalangan tren di stesen Tg Malim, tren komuter 2317 (Tg Malim - Kepong) telah mengalami kelewatan dari jadual asal selama 40 minit disebabkan penggunaan satu landasan di antara stesen Tanjung Malim - Kuala Kubu Baru.

— KTMB 03 2267 1200 (@ktm_berhad) October 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perkhidmatan ETS Sektor Utara pula akan mengalami kelewatan perjalanan antara 10 hingga 60 minit.
Bagi laluan KL Sentral - Pelabuhan Klang & Batu Caves - Pulau Sebang, perkhidmatan KTM Komuter beroperasi seperti biasa.

#Maklumanterkini Bagi laluan Kl Sentral - Pelabuhan Klang & Batu Caves - Pulau Sebang, perkhidmatan KTM Komuter beroperasi seperti biasa. Tiada kelewatan perjalanan berlaku buat masa ini.

— KTMB 03 2267 1200 (@ktm_berhad) October 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
KTM Berhad memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku dan kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan.

KTM Berhad memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku. Kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTMB : 03-2267 1200 atau layari Twitter @ktm_berhad Terima kasih

— KTMB 03 2267 1200 (@ktm_berhad) October 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Ipoh #kargo #kemalangan #KTM Berhad #KTM Komuter #KTMB #Tanjung Malim #tren langgar
;