Dua tahun jadi PM, hanya cadangan - Dr Mahathir
Sinar Harian
Jun 9, 2018 21:30 MYT
Jun 9, 2018 21:30 MYT
Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan tempoh beliau menjawat jawatan perdana menteri tidak semestinya berakhir dalam tempoh dua tahun.
Sebaliknya, perdana menteri yang telah dua kali dilantik itu berkata, dua tahun itu bukan tempoh masa.
”Dia adalah satu cadangan. Tetapi kita tidak tetap. Boleh jadi lebih awal, boleh jadi lebih lewat.
“Keutamaan adalah mengembalikan kekayaan negara, ekonomi negara menjadi sebuah negara yang berupaya,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Sinar Harian.
Jelasnya, dalam masa terdekat ini beliau perlu atasi masalah yang berlaku kepada negara.
”Itulah tujuan saya. Kalau saya berjaya, bukan duit yang penting.
”Yang penting adalah hasil kerja. Jadi inilah yang saya sedang usaha,” katanya.