Dua sepupu dikhuatiri lemas di Sungai Perak

Bernama
September 12, 2016 07:53 MYT
Operasi mencari kedua-dua remaja berkenaan giat dijalankan buat masa ini. - Gambar fail
Dua sepupu dikhuatiri lemas ketika mandi manda di Sungai Perak, Kampung Gajah dekat di sini, pada Isnin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar Zaiful Effendi Ahmad berkata kejadian itu berlaku petang semalam semasa Mohamad Amirul Rosman,18, cuba menyelamatkan Mohammad Isma Daniel Mohd Firdaus Jim, 15, yang lemas.
"Mohamad Amirul yang tidak tahu berenang gagal menyelamatkan sepupunya... mereka dikhuatiri lemas," katanya ketika dihubungi malam semalam.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada 6.56 petang Isnin.
Menurutnya operasi mencari kedua-dua remaja berkenaan giat dijalankan.
#Kampung Gajah #lemas #mangsa giat dicari #sungai perak
;