Dua saksi doktor inkues Muhammad Adib buat laporan berkaitan ugutan - Polis

Afiezy Azaman
April 23, 2019 01:32 MYT
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat sahkan pihaknya menerima laporan daripada dua doktor pakar yang menjadi saksi inkues kes Muhammad Adib Muhd Kassim.
Polis mengesahkan menerima dua laporan daripada dua orang doktor pakar daripada Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Sabtu lalu.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, pihaknya menerima laporan berkenaan pada kira-kira 9.28 malam.
“Kedua-dua mereka adalah saksi doktor pakar dalam Inkues kematian Mohammad Adib Mohd Kassim.
“Kes diklasifikasikan dibawah Seksyen 189 Kanun Keseksaan iaitu Ugutan Bencana Kepada Seorang Penjawat Awam.
“Tiada sebarang kenyataan lanjut akan dibuat memandangkan inkues sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
#doktor pakar #Fadzil Ahmat #Hospital Kuala Lumpur #Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor #Mohammad Adib bin Mohd Kassim #polis #saksi #ugutan