Dua sahabat karib yang merupakan kakitangan Universiti Kolej Bestari (UKB) Setiu maut apabila kereta mereka bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di kilometer 92 Jalan Kuala Terengganu Jerteh hari ini.
Kedua-dua mangsa yang berasal dari Kelantan itu dikenali sebagai Wan Noor Fadhliaton Wan Mohd Fauzan, 33, yang juga merupakan pemandu kereta jenis Kenari yang berasal dari Tumpat manakala rakannya Nor Azura Husain, 36, dari Jalan Bayam Guchil, Kota Bharu.
Nor Azura ialah seorang pensyarah bidang kejururawatan manakala Wan Noor Fadhliaton pula merupakan Ketua Pustakawan di universiti yang sama.
Ketika mengesahkan kejadian itu Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata Wan Noor Fadhliaton meninggal dunia di lokasi kemalangan manakala Nor Azura pula meninggal dunia sebaik sahaja tiba untuk dirawat di Hospital Daerah Besut.
Kejadian itu berlaku pada 7.45 pagi semasa mereka sedang dalam perjalanan dari Kota Baharu ke tempat kerja di Pak Kacil, Setiu apabila bertembung dengan sebuah lori tangki yang datang dari arah bertentangan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya Wan Noor Fadhliaton yang memandu kereta tidak dapat mengelak lori tangki itu yang dipercayai terbabas lalu bertembung sehingga menyebabkan beliau dan rakannya Nor Azura tersepit di dalam keretanya yang remuk.
Enam anggota Bomba dan Penyelamat dari Jerteh mengambil masa 15 mint memotong bahagian pintu kereta yang remuk bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa.
Bagaimanapun, katanya, pemandu lori tangki minyak yang belum dikenali pasti itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Seorang daripada rakan kedua-dua mangsa, Wan Faezah Wan Abd Ghani, 26, yang ditemui di tempat kejadian berkata Wan Noor Fadhliaton dan Nor Azura merupakan sahabat karib yang sering berkongsi kereta untuk ke tempat kerja dari Kelantan sejak lebih 8 tahun lalu.
Biasanya mereka berdua akan sampai di tempat kerja sebelum 8 pagi dan sering melalui Jalan Kota Baharu ke Setiu tanpa sebarang masalah, katanya.
Bernama
Tue Jul 23 2013
![Dua sahabat karib maut, kereta bertembung lori minyak Dua sahabat karib maut, kereta bertembung lori minyak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/61374577757_295x200.jpg)
AWANI Ringkas: Menambah baik sistem pakar perubatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Hamidin terkilan Pan-gon letak jawatan Hamidin terkilan Pan-gon letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714696494_HamidinMohdAminK.jpg)
Hamidin terkilan Pan-gon letak jawatan
Ini kerana Pan-gon, yang mula mengemudi skuad kebangsaan sejak 2022, sebelum ini dengan penuh komited menyatakan mahu terus mengendalikan Harimau Malaya sehingga tamat kontraknya pada Disember 2025.
AWANI Borneo [17/07/2024] - Kebakaran awal pagi | 1.3 juta tenaga buruh | 829.4 kilometer
Awani Borneo 17 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
2. 60 peratus tenaga buruh di Sabah belum berdaftar dengan KWSP
3. RM32.8 juta setahun diperuntukkan bagi penyelenggaraan Pan Borneo
1. Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
2. 60 peratus tenaga buruh di Sabah belum berdaftar dengan KWSP
3. RM32.8 juta setahun diperuntukkan bagi penyelenggaraan Pan Borneo
RM32.8 juta setahun selenggara rutin Lebuh Raya Pan-Borneo
Kementerian akan memperuntukkan sebanyak RM32.8 juta setahun bagi pelaksanaan penyenggaraan rutin di Lebuh Raya Pan-Borneo secara berperingkat mengikut serahan bagi penyenggaraan selepas kontrak projek siap sepenuhnya.
38 peratus isi rumah miskin tegar di Sabah
Rafizi menambah pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan di Sabah juga lebih tinggi iaitu RM1,218 sebulan berbanding kadar nasional sebanyak RM1,198.
![Muhammad Adi disangka hilang, menginap di rumah kawan Muhammad Adi disangka hilang, menginap di rumah kawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Muhammad Adi disangka hilang, menginap di rumah kawan
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak tujuh hari lepas telah pulang ke rumahnya di Ampangan Tinggi malam tadi.
Pemenang Jutawan BSN derma 10 peratus kepada gereja
Rezeki tiga bulan menabung di Bank Simpanan Nasional (BSN) berbekalkan modal 10 ribu ringgit telah menukar hidup seorang paderi kepada seorang jutawan.
RM468.7 juta projek infrastruktur basmi kemiskinan di Sabah
Rafizi berkata peruntukan sebanyak RM468.7 juta bagi 2024 telah diwujudkan bagi projek-projek infrastruktur dalam usaha mengurangkan jurang kemiskinan di lapan daerah tersebut.
60 peratus tenaga buruh di Sabah belum berdaftar dengan KWSP
Sebanyak 60 peratus atau 1.3 juta daripada 2.3 tenaga buruh di Sabah belum berdaftar sebagai ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan berisiko tidak memiliki simpanan untuk persaraan.
![Perhilitan pindah gajah liar di Besut Perhilitan pindah gajah liar di Besut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710071085_TBGAJAHJERTIH.jpg)
Perhilitan pindah gajah liar di Besut
Perhilitan berjaya memindahkan seekor gajah liar dalam satu operasi pemindahan di Kampung Dendong, Tembila, di Jertih hari ini.
![Bangunan runtuh sebabkan dua kematian, pengarah resort didenda RM150,000 Bangunan runtuh sebabkan dua kematian, pengarah resort didenda RM150,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705988429_TBMALEEBEACH.jpg)
Bangunan runtuh sebabkan dua kematian, pengarah resort didenda RM150,000
Seorang pengarah syarikat Malee Beach Resort didenda RM150,000 kerana gagal mematuhi syarat pembinaan sehingga menyebabkan kematian dua buruh.
![13 sungai di Terengganu lepasi paras bahaya 13 sungai di Terengganu lepasi paras bahaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703567211_TBBANJIRKAMPUNGS.jpg)
13 sungai di Terengganu lepasi paras bahaya
Tiga belas sungai di enam daerah di Terengganu telah melepasi paras bahaya setakat 12 tengah hari ini, berikutan keadaan hujan berterusan sejak beberapa hari lepas.
![Bot terbalik, pemancing udang ditemukan lemas Bot terbalik, pemancing udang ditemukan lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695528370_BESUT.jpg)
Bot terbalik, pemancing udang ditemukan lemas
Mayat Hussin ditemukan terapung di permukaan sungai oleh pasukan penyelamat kira-kira jam 7.45 pagi ini.
![Lima lelaki dikhuatiri hilang di Gunung Tebu ditemukan selamat Lima lelaki dikhuatiri hilang di Gunung Tebu ditemukan selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81693634173_gunungtebu.jpg)
Lima lelaki dikhuatiri hilang di Gunung Tebu ditemukan selamat
Lima lelaki yang dikhuatiri hilang ketika melakukan aktiviti mendaki di Gunung Tebu, Jabi di sini ditemukan selamat pada Sabtu.
![Bayi lelaki dalam bekas plastik merah ditinggal atas wakaf luar pusat tahfiz Bayi lelaki dalam bekas plastik merah ditinggal atas wakaf luar pusat tahfiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-07/51563404528_Bayi.jpg)
Bayi lelaki dalam bekas plastik merah ditinggal atas wakaf luar pusat tahfiz
Seorang bayi lelaki cukup sifat ditinggalkan di wakaf luar pagar sebuah pusat tahfiz di Besut pada pagi Selasa.
![Seorang maut dalam insiden bot bertembung di Pulau Perhentian Seorang maut dalam insiden bot bertembung di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674119045_mayat.jpg)
Seorang maut dalam insiden bot bertembung di Pulau Perhentian
Seorang kru bot nelayan maut manakala dua penumpang cedera parah dalam insiden dua bot bertembung di perairan Pulau Perhentian di sini pada kira-kira 8.15 pagi tadi.
![Hafizah 30 juzuk al-Quran raih markah ACCA kedua tertinggi dunia Hafizah 30 juzuk al-Quran raih markah ACCA kedua tertinggi dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683436817_hafizah.jpg)
Hafizah 30 juzuk al-Quran raih markah ACCA kedua tertinggi dunia
Safwa Zamri yang bergelar hafizah ketika berusia 14 tahun meraih markah tertinggi dalam kertas peperiksaan Recording Financial Transactions (FA1), sesi Mac 2023.
![Ahli Parlimen Besut sekali lagi diarah keluar Dewan Ahli Parlimen Besut sekali lagi diarah keluar Dewan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71680499448_CheMohamadZulkifly.jpg)
Ahli Parlimen Besut sekali lagi diarah keluar Dewan
Berdasarkan keputusan dibuat pada minggu lepas, Che Mohamad Zulkifly digantung tiga hari dan hanya dibenarkan masuk semula ke Dewan pada Selasa.
![Ingkar arahan Timbalan Speaker, Ahli Parlimen Besut digantung tiga hari Ingkar arahan Timbalan Speaker, Ahli Parlimen Besut digantung tiga hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51680064496_CheMohamadZulkifly.jpg)
Ingkar arahan Timbalan Speaker, Ahli Parlimen Besut digantung tiga hari
Keputusan itu dibuat Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Md Nor selepas Ahli Parlimen itu tidak duduk walaupun sudah diberi amaran sebanyak tiga kali.