Dua rumah musnah dalam kebakaran di Gerik

Aida Aziz
November 23, 2022 17:53 MYT
Dua buah rumah musnah dalam kejadian kebakaran berdekatan sebuah hotel di Gerik, awal pagi tadi. - Foto JBPM Perak
GERIK: Dua buah rumah musnah dalam kejadian kebakaran berdekatan sebuah hotel di sini, awal pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.38 pagi.
Sehubungan itu, katanya anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik dengan dibantu BBP Pengkalan Hulu bergegas ke lokasi kejadian.
"Kebakaran melibatkan dua rumah kelas C, masing-masing rumah pertama berkeluasan 30x50 musnah terbakar 90 peratus dan rumah kedua 30x40 musnah 10 peratus.
"Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat atau cedera dalam kebakaran itu," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Katanya, anggota bomba membuat kerja pemadaman api menggunakan dua aliran, 100 kaki tiga pancutan (control dividing breeching) dengan menggunakan air dari tangki jentera serta sumber air pili bomba.
Operasi tersebut diketuai oleh Penolong Penguasa Bomba, Azizan Aziz.
#rumah musnah terbakar #kebakaran #Gerik #JBPM Perak
;