Dua projek rundingan terus KPKT di luar pengetahuan menteri - Zuraida

Bernama
Ogos 27, 2020 11:49 MYT
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin. - Gambar fail
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin menegaskan dua projek yang diluluskan secara rundingan terus kepada kementeriannya semasa pentadbiran terdahulu dibuat di luar pengetahuan beliau.
Bagaimanapun, Zuraida dalam kenyataannya hari ini memberi jaminan KPKT akan menjalankan siasatan berhubung perkara itu.
Beliau berkata demikian merujuk kepada dua daripada 101 projek rundingan terus membabitkan kementeriannya sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan sepertimana didedahkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Isnin lepas.
-- BERNAMA
#101 projek #di luar pengetahuan #kerajaan #menteri #Pakatan Harapan #projek #rundingan terus #siasatan #Tengku Zafrul #Zuraida Kamaruddin
;