Dua penganggur dituduh bunuh dua beranak di Johor Bahru
Astro Awani
September 29, 2016 12:02 MYT
September 29, 2016 12:02 MYT
Dua penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan membunuh dua beranak, 21 September lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan dibuat oleh R. Subramaniam, dan L. Ubaneswaran, masing-masing berusia 20 tahun ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Salina Omar.
Mereka yang tidak diwakili peguam didakwa membunuh M. Mariayee, 56, dan C. Durga Devi, 16, di sebuah rumah di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram Johor Bahru, 21 September lalu.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nir Baiduri Mustakim mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 1 November ini bagi mendapatkan laporan bedah siasat kematian kedua-dua mangsa.
Dua beranak itu ditemui dibunuh dengan kejam dengan kesan tikaman di beberapa anggota badan di sebuah bilik oleh anak kedua mangsa, C. Perabakaran kira-kira 10.30 pagi pada hari kejadian.
#bunuh
#Bunuh dua beranak
#L. Ubaneswaran
#M. Mariayee
#Mahkamah Majistret Johor Bahru
#R. Subramaniam