Dua pemuda ditahan, polis rampas 18 guni daun ketum

Dewi Nur Harasha Alias
Mac 24, 2018 20:20 MYT
Dua lelaki ditahan bersama-sama 18 guni berisi 21.5 kilogram daun ketum yang disumbat dalam sebuah kereta di Jalan Besar, Perai, Pulau Pinang pada Sabtu. Foto ihsan PDRM
Dua lelaki ditahan bersama-sama 18 guni berisi 21.5 kilogram daun ketum yang disumbat dalam sebuah kereta di Jalan Besar, Perai Pulau Pinang pada Sabtu.
Suspek berusia 24 dan 25 tahun itu ditahan kira-kira jam 1.45 pagi oleh sepasukan anggota polis dalam Operasi Cegah Jenayah yang dijalankan di kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, siasatan awal mendapati suspek tiba di negeri ini untuk mengambil bekalan selain dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan.
Katanya, polis percaya, daun ketum itu akan diproses dan dijual kepada pelanggan mereka di Kelantan.
"Saringan ujian air kencing ke atas kedua-dua suspek adalah negatif.
"Malah kedua-dua suspek direman empat hari sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30 Akta Racun 1952," katanya.
#daun ketum #ditahan polis #Jalan Besar #lelaki #Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid #polis #pulau pinang
;