Dua pemimpin Pas dipanggil SPRM hari ini

Sinar Harian
Mac 1, 2019 01:09 MYT
Hashim diminta untuk hadir ke Pejabat SPRM Perlis manakala Nasir di Pejabat SPRM Kelantan. - Gambar fail
Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin dan Exco Pas, Nasir Daud dipanggil bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini.
Difahamkan siasatan tersebut berhubung dakwaan dana sebanyak RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin Pas.
Hashim diminta untuk hadir ke Pejabat SPRM Perlis manakala Nasir di Pejabat SPRM Kelantan.
Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan telah dipanggil SPRM untuk diambil keterangan.
BACA: Dana RM90 juta 1MDB tak masuk ke dalam akaun Pas - SPRM
Antara yang telah dipanggil SPRM ialah Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamed Abduh Nik Abdul Aziz.
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull baru-baru ini mengesahkan tiada dana itu dimasukkan ke dalam akaun rasmi Pas.
BACA: Rakaman suara Nik Abduh: Pas anggap isu kecil - Tuan Ibrahim
#1Malaysia Development Berhad #dana #Hashim Jasin #Malaysian Islamic Party #Nasir Daud #PAS #Rasuah #RM90 juta #Sarawak Report #siasatan #SPRM #SPRM rampas #Takiyuddin Hassan #UMNO