Dua pelajar UiTM maut dihempap pokok di Janda Baik

Astro Awani
Mei 13, 2017 16:08 MYT
Semasa menjalani aktiviti survival itu, sebatang pokok tumbang dan menghempap beberapa pelajar. -Foto: JBPM
Dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor maut, enam lagi cedera dihempap pokok ketika menjalani aktiviti survival di Air Terjun Lata Charok, Janda Baik, Bentong awal pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Mohamad Mansor Mohd Nor mengesahkan mangsa yang maut ialah Noorain Mokhtar, 23, dari Sungai Besar, Selangor dan Muhammad Kamil Md Sukri, 22.
Mangsa yang cedera pula dikenali sebagai Muaz, Farahanisa, Aini Sofia, Aida Farida dan Mohd Amar Afendi yang kini dirawat di Hospital Bentong.
Manakala Muhamad Haziq Radzuan, 21, yang cedera parah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.
Seramai 140 pelajar dan empat pensyarah tiba di kawasan air terjun berkenaan pada jam 11.30 malam dan sepatutnya turun jam 5 pagi Sabtu.
Bagaimanapun, semasa menjalani aktiviti survival itu, sebatang pokok tumbang dan menghempap beberapa pelajar.
Mayat Noorain ditemui pagi tadi sebaik operasi mencari dan menyelamat digerakkan, manakala mayat Muhammad Kamil ditemui di bawah pokok sekitar 2 kilometer dari trek berjalan kaki.
#dihempap pokok #Janda Baik #maut #pelajar maut #Pokok tumbang #UiTM
;