Dua pekerja Petronas maut kereta terbabas di Dungun

Bernama
Disember 26, 2014 09:24 MYT
Mereka dipercayai dalam perjalanan menuju ke tempat kerja mereka di Petronas Gas Santong. - Foto Twitter @RadarBahayaMy
Dua pekerja Petronas maut selepas pacuan empat roda mereka terbabas di Kilometer 5, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah berhampiran Kampung Santong pagi tadi.
Mangsa dikenali sebagai Nusuki Mohamed, 45, yang maut di tempat kejadian dan Rosli Mahmud, 52, yang meninggal dalam perjalanan ke Hospital Dungun.
Rakan mereka Mat Zian Mat Zin, 48, cedera di kaki dan dihantar ke Klinik Kesihatan Rantau Petronas dalam kejadian 9 pagi itu.
Mereka dipercayai dalam perjalanan menuju ke tempat kerja mereka di Petronas Gas Santong.
Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, ASP Elias Abu Bakar mengesahkan kemalangan itu.
#Dungun #kemalangan #Petronas