Dua pekerja gudang maut ditimpa palet kotak kurma
Astro Awani
Mei 5, 2019 15:06 MYT
Mei 5, 2019 15:06 MYT
Dua pekerja warga Bangladesh maut dihempap kayu palet ketika melakukan kerja mengalihkan kotak berisi kurma di sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Bukit Minyak, di sini.
Dalam kejadian jam 11 pagi tadi, kedua-dua mangsa berusia 40-an mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan berhubung kejadian.
Setiba di lokasi, bomba mendapati kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan terpaksa ditarik keluar dari timbunan oleh rakan sekerja.
Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.
Siasatan mendapati mangsa ditimpa kayu palet itu ketika melakukan kerja mengalih kotak kurma dari rak setinggi tiga tingkat di gudang tersebut.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.
#Hospital Seberang Jaya
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang
#JBPM
#Kawasan Perindustrian Bukit Minyak
#kecederaan parah
#kotak berisi kurma
#maut dihempap kayu palet
#pekerja warga Bangladesh