Dua parah, 12 cedera tiga kereta bertembung
Ruzaini Zulkepli
September 11, 2018 18:14 MYT
September 11, 2018 18:14 MYT
Dua parah manakala 12 yang lain cedera selepas terbabit dalam kemalangan yang melibatkan pertembungan tiga buah kenderaan di Jalan Tambunan - Penampang, Kampung Babagon, petang Selasa.
Menurut Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Penampang Ahmady Wahab berkata, pihak bomba telah menerima panggilan berhubung kejadian yang melibatkan sebuah Toyota Lite Ace dan dua buah kenderaan jenis Proton Saga itu pada jam 1.21 petang.
Beliau berkata, sebaik sahaja menerima panggilan, seramai tujuh anggota dari BBP Penampang kemudiannya dikerahkan ke lokasi kejadian.
"Kejadian itu melibatkan seramai 14 mangsa iaitu enam lelaki, enam wanita serta dua kanak-kanak dan dua daripadanya parah kerana tersepit pada kenderaan," katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.
Ahmady menambah operasi tamat pada jam 2.10 petang dan kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk menerima rawatan lanjut.
#Ahmady Wahad
#Balai Bomba dan Penyelamat Penampang
#cedera
#dua parag
#Jalan Tambunan
#Kampung Babagon
#Penampang