Dua nelayan Indonesia diculik di perairan Lahad Datu diselamatkan tentera Filipina

Bernama
Disember 22, 2019 18:53 MYT
Pada November lalu satu rakaman video tiga nelayan Indonesia yang mendakwa mereka diculik di perairan Tambisan, Lahad Datu, pada September lalu, dimuatnaik ke laman sosial Facebook. - Foto Astro AWANI
Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Hazani Ghazali mengesahkan dua daripada tiga nelayan warga Indonesia yang diculik di perairan Lahad Datu pada September lepas telah diselamatkan pasukan tentera Filipina, awal pagi tadi.
Beliau berkata dua mangsa tersebut, Maharudin Lunani, 48, dan Samiun Maneu, 27, diselamatkan di Barangay Pugad Manaul, Panamo Sulu, manakala seorang lagi mangsa iaitu Muhammad Farhan, 27, masih belum diketahui nasibnya.
"Betul (dua nelayan warga Indonesia itu) diselamatkan tentera Filipina," katanya ketika dihubungi, hari ini.
BACA: Tiga nelayan dipercayai mangsa culik di Tambisan rayu diselamatkan
BACA: Tiga warga Indonesia diculik di Tambisan
Pada 23 Sept, tiga nelayan warga Indonesia dilaporkan diculik di perairan Lahad Datu, berhampiran sempadan selatan Filipina, kira-kira 11.50 pagi dan ketiga-tiga mangsa terbabit dipercayai diculik oleh tujuh lelaki bersenjata, sebelum melarikan diri ke arah perairan Pulau Tawi-Tawi, selatan Filipina.
-- BERNAMA
#culik #ESSCom #Filipina #Indonesia #keselamatan #Lahad Datu #mangsa #Pantai Timur #Pulau Tambisan #Pulau Tawi-Tawi #Sulu
;