Dua mesin ATM bank di Setia Alam diletup penjenayah

Sinar Harian
Februari 23, 2023 03:30 MYT
Anggota polis sedang menjalankan siasatan di lokasi rompakan sebuah bank di Setia Alam pada Khamis. -Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Dua buah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) diletupkan penjenayah dalam rompakan di sebuah bank di Setia Alam di sini awal pagi Khamis.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6 pagi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan lanjut masih dijalankan di lokasi kejadian.
"Ada berlaku kejadian sebuah mesin ATM diletupkan penjenayah, siasatan lanjut masih dijalankan pihak polis.
"Perkembangan akan dikongsikan selepas ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian. -SInar Harian
#shah alam #Setia Alam #letup mesin ATM #Mohd Iqbal Ibrahim