Dua maut terhidu gas ammonia

Afiezy Azaman
Februari 19, 2020 21:28 MYT
Seramai 35 anggota dari BBP Sungai Besar termasuk pasukan Hazmat Shah Alam dan Rawang digerakkan ke lokasi kejadian. - Foto JBPM
Dua individu maut manakala dua lagi sedang dirawat di hospital selepas terhidu gas ammonia yang bocor di sebuah kapal di Bagan Sungai Besar, Selangor.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5 petang, Rabu.
"Seramai 35 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar termasuk pasukan Hazmat Shah Alam dan Rawang digerakkan ke lokasi kejadian.
"Terdapat dua mangsa maut disyaki terhidu gas ammonia di dalam tangki sebuah kapal manakala dua lagi mangsa mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Kenyataan itu menambah, kesemua mangsa dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat dan mendapatkan rawatan.
Punca kejadian masih dalam siasatan.
#Bagan Sungai Besar #BBP Sungai Besar #bomba Selangor #dua maut #gas bocor #JBPM #JBPM Selangor #pasukan Hazmat #terhidu gas
;