Dua maut lori terbalik masuk gaung

Astro Awani
April 14, 2015 11:02 MYT
Dua maut lori terbalik masuk gaung - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat
Dua lelaki maut apabila lori membawa muatan baja yang dinaiki mereka dipercayai terbabas lalu terjunam ke dalam gaung di Kilometer 28, Jalan Persisiran Samalaju-Bintulu, kira-kira pukul 10 malam.
Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, mangsa yang disahkan maut ialah Andrew Marupoh Rawing, 21, dan Matehew Jangkang, 25.
Kerja-kerja menyelamatkan mangsa - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat
"Dalam kejadian kira kira jam 10 malam tadi, kedua dua mangsa yang membawa lori berisi muatan baja disahkan maut di lokasi kejadian akibat tersepit.
"Seramai lapan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu telah bergegas ke lokasi yang jarak dari balai terdekat ke lokasi adalah 28 kilometer dan berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa dan operasi tamat kira kira jam 1 pagi," kata jurucakap berkenaan.
#Bintulu #bomba #gaunf #Lori
;