Dua maut, lima cedera pacuan empat roda bertembung
Missel Ernie Bick
Disember 22, 2022 09:45 MYT
Disember 22, 2022 09:45 MYT
MIRI: Dua maut dalam kemalangan jalan raya yang membabitkan dua pacuan empat roda di sini pada Rabu.
Insiden kemalangan jalan raya tersebut telah melibatkan kenderaan jenis Toyota Hilux dan Isuzu Dmax di hadapan rumah Robert Suai, Jalan Pan Borneo Miri-Bintulu, Sarawak.
Dua daripada empat orang mangsa dalam kereta Toyota Hilux mengalami cedera ringan manakala dua lagi mangsa iaitu pemandu serta penumpang di belakang kerusi pemandu tersepit di tempat duduk.
Kedua-dua mangsa tersebut telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Bomba.
Dua daripada tiga lagi mangsa dalam kereta Isuzu Dmax pula mengalami cedera ringan manakala seorang lagi patah kaki di sebelah kanan.
Antara agensi yang terlibat di tempat kejadian termasuk Balai Polis Batu Niah, Polis Bantuan, Klinik Batu Niah, Klinik Suai dan Emergency Respond Pan Borneo Team.