Dua maut kenderaan terbabas ke dalam parit
Astro Awani
Januari 15, 2017 16:12 MYT
Januari 15, 2017 16:12 MYT
Dua orang termasuk pemandu maut dalam kemalangan di Jalan Bagan Seberang, Kampung Kuala Gula, di sini.
Nahas pukul 11.35 pagi itu menyaksikan kenderaan jenis Toyota Unser yang dinaiki dipercayai terbabas dan terbalik ke dalam parit.
Orang awam yang berada di lokasi kejadian bertindak membantu untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang dipercayai berbangsa Cina itu namun kedudukan kenderaan serta keadaan berselut menyukarkan usaha tersebut.
Menurut pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau, seorang mangsa maut di tempat kejadian manakala seorang lagi disahkan mati di hospital.