Dua maut dihempap kren di Klang

Cynthia Ng
November 4, 2016 15:47 MYT
Kedua-dua mangsa dilaporkan meninggal dunia akibat cedera parah di bahagian kepala. - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Dua mangsa meninggal dunia daripada kecederaan parah apabila kereta yang pandu dihempap sebuah kren.
Kejadian di Persiaran Astana, Klang melibatkan seorang lelaki warga Malaysia berusia 61 tahun dan
perempuan warga Indonesia berusia 56 tahun.
Menurut pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, kren tersebut tumbang dan menghempap kereta ienis Perodua Axia itu yang sedang melalui kawasan pembinaan di Jalan Meru pada petang Jumaat.
Kedua-dua mangsa dilaporkan meninggal dunia akibat cedera parah di bahagian kepala.
#Jalan Meru #kren tumbang #persiaran astana
;