Dua maut bergaduh depan stesen minyak di Machang
Vivi Sumanti
Januari 27, 2020 19:39 MYT
Januari 27, 2020 19:39 MYT
Punca kejadian dipercayai berlakunya perselisihan faham antara mereka. - Foto PDRM
Pergaduhan antara dua kumpulan dipercayai menjadi punca kematian dua lelaki dalam satu kejadian di hadapan sebuah stesen minyak di Batu 31, Jalan Kuala Krai-Gua Musang, di sini, 12.30 tengah malam tadi.
Mangsa yang maut masing-masing berusia 39 dan 40 tahun dan punca kejadian dipercayai berlakunya perselisihan faham antara mereka.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Polis (ACP) Wan Khairuddin Wan Idris berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini selain turut mengesan suspek yang terbabit dalam pergaduhan itu.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Supritendan Ganti Jimmy, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.