Dua maut akibat tesepit selepas kemalangan jalan raya
Radhi Muslim
Oktober 15, 2019 22:17 MYT
Oktober 15, 2019 22:17 MYT
Dua lelaki maut dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Ladang Cepat Wawasan, dekat Paitan, pada Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, pemandu, Herman Lammu, 19 tahun dan kelindan, Edi Matta, 27 tahun, dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di badan.
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda, berkata sebelum kejadian dua mangsa tersebut sedang dalam perjalanan mengangkut baja di ladang berkenaan.
“Sebaik tiba di laluan yang menuruni bukit dan tidak rata, lori tersebut dipercayai tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas.
“Akibatnya, kedua-dua mangsa tersepit dan dilaporkan meninggal dunia di lokasi kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Selasa.
Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa yang juga warga Indonesia dihantar ke bilik mayat Hospital Beluran untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
#Akta Pengangkutan Jalan
#Beluran
#Edi Matta
#Herman Lammu
#Hospital Beluran
#Jalan Ladang Cepat Wawasan
#kemalangan jalan raya
#Polis Daerah Beluran
#warga Indonesia