Dua mangsa terperangkap di kawasan perkelahan diselamatkan JBPM Perak

Abd Razak Mohd Ali
Ogos 24, 2019 18:11 MYT
Pasukan bomba yang tiba telah membuat operasi menyelamat dengan dibantu kepakaran khad dari Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM.
Seorang lelaki dan wanita yang terperangkap di kawasan perkelahan Air Terjun Ulu Kenas di sini berjaya diselamatkan petang Sabtu.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 2.50 petang.
Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian, pihaknya mendapati pasangan yang berumur awal 20an, terperangkap di seberang sungai disebabkan arus yang deras.
“Mangsa dipercayai terperangkap akibat kenaikan air secara mendadak dan tidak dapat menyeberangi sungai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, pasukan bomba yang tiba telah membuat operasi menyelamat dengan dibantu kepakaran khad dari Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM.
“Mereka menggunakan teknik ‘river crossing’ dan ‘tensiones diagener’.
“Mangsa berjaya diselamatkan tanpa mengalami kecederaan dan diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.
Operasi tamat sepenuhnya jam 3.56 petang.
#air deras #bomba dan penyelamat #misi menyelamat #perkelahan #remaja terperangkap #Sungai
;