PASIR MAS: Dua mangsa lemas membabitkan lelaki warga emas dan remaja perempuan ditemukan di dua lokasi berbeza di jajahan Pasir Mas, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun bagaimanapun berkata kedua-dua mangsa lemas ini bukan diklasifikasikan sebagai mati lemas akibat banjir.
"Mengikut laporan, kes pertama membabitkan Mustapa Nawang, 65, yang ditemukan tidak sedarkan diri dalam keadaan tertiarap di Kampung Batu Lapan, Gual Periok, Rantau Panjang pada pukul 8.45 pagi tadi.
"Anak mangsa bersama beberapa rakan telah mencari mangsa setelah mangsa tidak pulang ke rumah sejak petang semalam sebelum menjumpainya di belakang sebuah rumah berdekatan dengan tempat perahunya terbalik di kawasan sawah yang dinaiki air banjir," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Sumbangan Kotak Rezeki Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi (G20 Goldwing Malaysia) bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, di sini hari ini.
Muhamad Zaki berkata kes kedua pula membabitkan mangsa seorang remaja, Siti Alia Nasuha Mohd Rosli, 13, yang ditemukan lemas di Sungai Pengkalan Teluk, Rantau Panjang, di sini, pada pukul 2.30 petang tadi.
"Mangsa dilaporkan pergi ke sungai berkenaan bersama keluarganya dan cuba menyelamatkan adik lelakinya, Mohd Akid Akmal, 11, yang hampir lemas tetapi sempat diselamatkan oleh bapanya.
"Bagaimanapun, mangsa dipercayai lemas sekitar pukul 11 pagi dan dijumpai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pasir Mas pada jarak 40 meter dari lokasi kejadian," katanya.
Muhamad Zaki berkata kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk dibedah siasat.
"Punca kematian kedua-dua mangsa ini masih dalam siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 24 2021
Dua mangsa lemas membabitkan lelaki warga emas dan remaja perempuan ditemukan di dua lokasi berbeza di jajahan Pasir Mas, hari ini.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di bilik hotel di Thailand
Jabatan Negara Amerika Syarikat ambil maklum mengenai laporan mengenai dua warganegaranya yang ditemui mati di sebuah hotel di Thailand.
EU tolak label UNRWA sebagai organisasi pengganas
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell mengulangi penolakan blok itu melabel Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai organisasi pengganas.
Mengimbau sedekad tragedi MH17
Pesawat MH17 Malaysia Airlines ditembak jatuh di timur Ukraine sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam, mengorbankan kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal di dalamnya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap, pastikan kewangan negara lebih mampan
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
Remaja hilang ditemukan lemas di Sungai Besut
Seorang remaja lelaki yang tenggelam ketika mandi di Sungai Besut di Kampung Tanjung Lali, dekat Kampung Raja di sini kira-kira 5 petang semalam, ditemukan mati lemas pagi ini.
Lapan orang maut bot migran terbalik di Laut Mediterranean
Pengawal Pantai Itali menghulurkan bantuan dan bot peronda mereka berjaya menyelamatkan ramai pendatang di atas kapal.
TDM sentiasa kerjasama dengan ATM, MINDEF untuk pemodenan aset
TDM akan sentiasa bekerjasama dengan pucuk pimpinan ATM dan MINDEF bagi memastikan proses pemodenan aset pasukan keselamatan itu sentiasa dilaksanakan sejajar dengan kepesatan teknologi dunia.
Remaja perempuan lemas ketika mandi sungai di Kuala Krai
Mayat mangsa yang hanya dikenali sebagai Nurul Farisya ditemukan pada kira-kira 7 malam.
Mangsa kedua lemas meninggal dunia selepas enam hari dirawat di hospital
Seorang lagi pelajar lelaki mangsa lemas di Pantai Mutiara, Kem Terendak meninggal dunia malam tadi.
Tragedi kepala air: 'Mak tunggu Azizah balik ya'
Itu pesanan terakhir Allahyarham Azizah Eiyi kepada emaknya, Halimah Kasim sebelum bertolak ke Jeram Air Putih.
Tragedi jatuh bot di Sungai Kelantan: Amrullah Fitri, bapa saudara ditemui lemas
Mangsa hilang di Sungai Kelantan di Kampung Pasir Pekan Hulu, Amrullah Fitri Afendi,10, dan bapa saudaranya, Wan Muhamad Najmi Wan Taib, 30, ditemukan lemas di sungai itu.
Insiden jatuh bot: 'Saya harap anak ditemui hari ini' - Bapa
Bapa kepada seorang kanak-kanak yang dikhuatiri lemas dalam Sungai Kelantan di Kampung Pasir Pekan Hulu berharap anaknya ditemui hari ini.
Lelaki maut akibat lemas kereta terjunam dalam parit
Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Preve dipandunya terjunam ke dalam parit berhampiran pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabak Bernam menghala ke Sungai Besar dekat sini hari ini.
Mangsa lemas di Lata Tembakah dijumpai
Mayat Abdul Wahab Mat Sulaiman ditemukan kira-kira 8 pagi oleh anggota JBPM yang menyertai pasukan mencari dan menyelamat (SAR).