Dua mangsa jangkitan rabies di Serian meninggal dunia

Astro Awani
Julai 4, 2017 11:05 MYT
Sim berkata kedua-dua pesakit didiagnosis mati otak dan pihak keluarga mangsa bersetuju untuk mematikan alat penyambung hayat. -Bernama
Dua daripada tiga mangsa yang kritikal akibat jangkitan rabies baru-baru ini telah disahkan meninggal dunia tengah hari ini.
Mangsa merupakan adik beradik berusia 4 dan 6 tahun.
Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Prof Dr Sim Kui Hian, kedua-dua pesakit didiagnosis mati otak dan pihak keluarga mangsa bersetuju untuk mematikan alat penyambung hayat.
Sementara itu, seorang lagi mangsa masih dikategorikan kritikal dan sedang menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak.
#alat penyambung hayat #dua beradik #Hospital Umum Sarawak #jangkitan rabies #mati otak