Dua kru bot pelancong jenis Catamaran, yang karam dengan 28 pelancong China ketika menuju ke Pulau Mengalum dari Kota Kinabalu semalam, dipercayai berada di laut selama kira-kira 18 jam sebelum diselamatkan awal hari ini.
Seorang penyelamat Eduard Delos Reyes, 37, yang juga seorang pemandu bot pelancong, berkata beliau dan seorang lagi rakannya Chu Chun Yung, 30, menyelamatkan Aman Abdul, 38, dan Sharezaa Salian Sali, 25, kira-kira pukul 4.30 pagi.
"Kami bertolak dengan 'speed boat' dari Jeti Tanjung Aru dalam 8 malam semalam menuju ke perairan sekitar Pulau Mengalum dan lebih kurang 4.30 pagi tadi, kami mendengar jeritan meminta tolong.
"Kami menyuluh kawasan sekitar dan terlihat Aman dan Sharezaa berpaut antara satu sama lain," katanya ketika ditemui Bernama di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini malam ini.
Menurut Delos Reyes, beliau dan Chu menarik dua mangsa itu ke dalam bot mereka dan mengambil keputusan untuk mencari mangsa lain iaitu seorang lagi kru dan 28 pelancong China.
Apabila tiada lagi mangsa ditemui, beliau berkata mereka memutuskan untuk menamatkan pencarian kira-kira pukul 11 pagi selepas beliau dan rakannya bersama dua mangsa itu berasa lapar.
Katanya, mereka terus ke Pulau Tiga dan kemudiannya ke Kota Kinabalu di mana mereka dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk diambil keterangan.
Terdahulu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata 23 lagi mangsa ditemui oleh bot nelayan, tiga daripadanya mati dan dijangka tiba di Kota Kinabalu awal pagi esok.
Pencarian ke atas enam lagi mangsa masih diteruskan.
Bot itu yang membawa 31 orang - tiga kru dan 28 pelancong warga China - dipercayai karam akibat cuaca buruk dan laut bergelora.
Nahas berlaku kira-kira sejam selepas bot itu bertolak dari Jeti Tanjung Aru pukul 9 pagi semalam menuju ke Pulau Mengalum, kira-kira 56 km ke barat laut Kota Kinabalu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 29 2017
Dua kru bot pelancong jenis Catamaran dipercayai berada di laut selama kira-kira 18 jam sebelum diselamatkan awal hari ini. fotoBERNAMA
OpenAI ambil serius dakwaan pencerobohan data
OpenAI menyatakan pihaknya mengambil serius laporan mengenai pencerobohan data.
PVATM ceburi perniagaan produk berasaskan ayam bantu tingkatkan ekonomi ahli
Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) menceburi perniagaan produk makanan berasaskan ayam bagi menjana pendapatan dalam usaha membantu membangunkan ekonomi dan kebajikan ahli.
Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.
Usah bangkit isu perpaduan, dimanipulasi pihak tertentu
Isu perpaduan di Malaysia seharusnya tidak lagi menjadi perdebatan utama selepas lebih enam dekad negara mencapai kemerdekaan.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan di Brussels - Wisma Putra
Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam siri insiden tembakan di beberapa lokasi di Brussels, Belgium, dalam tempoh 72 jam lalu yang mengakibatkan seorang maut dan tiga cedera.
Zelenskiy setuju tawar AS perjanjian nadir bumi dan mineral
Zelenskiy menekankan keperluan Ukraine untuk mendapatkan jaminan keselamatan daripada sekutunya sebagai sebahagian daripada sebarang penyelesaian.
Trump akan pecat ejen FBI terlibat siasatan serangan Capitol
Presiden Trump umum akan memecat ejen FBI yang didakwa korup dalam siasatan serangan 6 Januari 2021. Pentadbirannya setuju untuk tidak mendedahkan nama ejen buat sementara waktu.
Jepun gandakan perbelanjaan pertahanan
Presiden Trump umum Jepun tingkat belanja pertahanan menjelang 2027. AS komited terhadap keselamatan Tokyo, meluluskan hampir satu bilion dolar dalam jualan ketenteraan asing minggu ini.
Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO
Semua pencarum PERKESO tidak perlu lagi membayar untuk rawatan perubatan di klinik panel bermula tahun ini.
AS, Jepun perkukuh kerjasama perdagangan dan pelaburan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menerima kunjungan Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba, di White House dan menegaskan komitmen kedua-dua negara untuk mengurangkan defisit perdagangan Amerika dengan Jepun.