Dua lokaliti di Sabah dikenakan PKPD, ini lima tumpuan sidang media harian PKPP

Fauzi Suhaimi
November 5, 2020 16:58 MYT
Sebanyak dua lokaliti di Sabah akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok. - Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak dua lokaliti di Sabah akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lokaliti itu membabitkan Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau dan Penjara Sandakan serta Kuarters Penjara Taman Wira, Sandakan.
Ini lima perkara penting yang dinyatakan menerusi sidang media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pergerakan (PKPP) hari ini.
1) PKPD di enam lokaliti di Semporna dan satu di Kunak akan ditamatkan pada esok (Jumaat, 6 November 2020)
2) PKPD di Anjung Teduh Felda Sahabat, Lahad Datu akan dilanjutkan hingga 20 November.
3) Tiga lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu di Mukim Parit Buntar, Perak; Mukim Rasau, Dungun, Terengganu dan Mukim Jimah, Port Dickson, Negeri Sembilan
4) PDRM juga menahan 506 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP.
5) Op Benteng berjaya menahan 41 pedatang asing tanpa izin (PATI), dua tekong, dua penyeludup serta berjaya merampas lima kenderaan darat.
#perintah kawalan pergerakan bersyarat #PKPD #PKPP #perintah kawalan pergerakan #PKPB #ismail sabri yaakob #COVID-19
;