Dua lokaliti di Pahang dilaksanakan PKPD selama 14 hari bermula 28 Sept
Astro Awani
September 26, 2021 19:40 MYT
September 26, 2021 19:40 MYT
KUALA LUMPUR: Dua lokaliti di Pahang diarahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula pada 28 September hingga 11 Oktober ini.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan prosedur operasi standard (SOP) adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini.
"Dua lokaliti di Pahang yang dikenakan PKPD membabitkan Kampung Orang Asli Sungai Mai di Jerantut dan Kampung Inoi (Kampung Orang Asli Pinggiran) di Rompin," katanya menerusi kenyataan media harian pada Ahad.
Rodzi juga memaklumkan satu lokaliti di Pahang membabitkan Rancangan Rumah Murah (RRM), Kampung Kolwk, Sungai Lembing di Kuatan ditamatkan PKPD pada 27 September seperti yang dijadualkan.