Dua lokaliti di Pahang dikenakan PKPD
Astro Awani
November 10, 2021 19:43 MYT
November 10, 2021 19:43 MYT
KUALA LUMPUR: Dua lokaliti di negeri Pahang bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 12 November.
Menurut Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, ia melibatkan kawasan Ladang FGV Mengkarak 1 di daerah Bera dan Felda Chini 3, Mukim Penyor di Pekan.
Beliau dalam satu kenyataan berkata, pelaksanaan PKPD di dua kawasan tersebut berkuat kuasa 12 November sehingga 25 November ini.
Menurutnya, prosedur operasi standard (SOP) kesemua PKPD adalah sama seperti sebelum ini.
Sementara itu, MKN pada Rabu mengesahkan tiada sebarang pelanjutan dan penamatan PKPD di mana-mana kawasan.