Dua lelaki tersangkut dalam gondola di tingkat 31 bangunan
Astro Awani
Julai 16, 2019 17:46 MYT
Julai 16, 2019 17:46 MYT
Dua lelaki melalui detik cemas apabila terperangkap di dalam gondola yang tersangkut di tingkat 31 bangunan sebuah hotel ketika melakukan kerja penyelenggaraan di Jalan Ampang, ibu negara.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.12 tengah hari Selasa.
"Seramai 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keramat dan BBP Hang Tuah diketuai Komander Operasi Penolong Pegawai Kanan II Azrin Noor Ahmad digerakkan ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi, bomba mendapati dua lelaki berumur lingkungan 30-an berada dalam gondola tersangkut di tingkat 31 bangunan tersebut," katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu turut menyebut pihak bomba dimaklumkan bahawa gondola tersebut mengalami masalah teknikal.
Bagaimanapun, kedua mangsa berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba dari Unit High Rise
(HRRT) pada jam 2.37 petang dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.52 petang.
#Balai Bomba dan Penyelamat
#Dua lelaki tersangkut dalam gondola di tingkat 31 bangunan
#gondola
#jalan ampang
#kerja penyelenggaraan
#Kuala Lumpur