Dua lelaki maut dipercayai ditetak

Dewi Nur Harasha Alias
Ogos 25, 2018 22:35 MYT
Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian berlaku. - Foto Astro AWANI
Dua lelaki maut dipercayai ditetak dalam kejadian bunuh di Jalan Argyll, George Town pada Sabtu.
Dalam kejadian jam 6.20 petang itu, kedua-dua mangsa dipercayai warga tempatan ditemui terbaring di bilik sewa dalam keadaan berlumuran darah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritendan V. Saravanan memaklumkan susulan kejadian itu polis berjaya menahan seorang lelaki warga asing yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu.
Ketika ini katanya, pasukan forensik sedang memeriksa mayat kedua-dua mangsa.
Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian berlaku.
Kes disiasat dibawah seksyen 302 kanun keseksaan.
#bunuh #George Town #Jalan Argyll #lelaki #mangsa #maut #mayat #polis #Saravanan #siasatan #Supritendan V Saravanan #Tetak #Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut #warga asing
;