Dua lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Batu Layar

Bernama
Julai 21, 2024 07:30 MYT
Dua pemuda dikhuatiri lemas ketika sedang mandi di Pantai Batu Layar, Bandar Penawar, pagi Ahad. -Foto Sinar Harian
KOTA TINGGI: Dua lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Batu Layar di sini hari ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Punggai Mohammad Saifulizam Mohd Rofi berkata pihaknya menerima laporan kejadian melibatkan Muhammad Syahmie Zamzam, 26, dan Haqim Abdul Rahim Lee, 20 pada 9.38 pagi.
"Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan.
"Jarak antara pesisiran pantai hingga lokasi kedua-dua mangsa dilaporkan hilang ialah kira-kira lima kilometer," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
-- BERNAMA
#Pantai Batu Layar #dikhuatiri lemas #Muhammad Syahmie Zamzam #Haqim Abdul Rahim Lee