Dua lelaki dihukum gantung edar dadah kanabis

Astro Awani
April 28, 2013 22:50 MYT
Seorang pemilik sebuah kedai serbaneka dan pemandu lori dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar setelah didapati bersalah mengedar dadah jenis kanabis dua tahun lalu.
Pesuruhjaya kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab dalam keputusannya berkata kedua-dua tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Keputusan dibuat hakim Mohd Zaki selepas keterangan pembelaan kedua-dua tertuduh gagal membuktikan keraguan terhadap kes pendakwaan.
Tertuduh T. Revi dan R. Hattan diwakili peguam Andy Ooi Keng Liang dan S.M Rayer, manakala pihak pendakwaan diwakili timbalan pendakwa raya Wan Nor Hasnita Wan Daud.
Kedua mereka mengedar dadah jenis kanabis seberat 18,194 gram di hadapan kedai fiber optik, Taman Tuanku Haminah, Sungai Petani kira-kira jam 9 malam pada 6 Mei 2011.
Kesalahan dilakukan di bawah sekyen 39B akta dadah berbahaya 1952 yang dibaca bersama sekyen 34 Kanun Keseksaan.
#edar dadah kanabis #Mahkamah Tinggi Alor Setar #R. Hattan #T. Revi
;