Dua lagi kluster tamat: Ini lima perkara penting disampaikan Dr Noor Hisham

Harits Asyraf Hasnan
Julai 5, 2020 09:41 MYT
Dua kluster tamat, itu antara perkembangan terkini berkaitan penularan wabak COVID-19 di negara ini. - Foto BERNAMA
Dua kluster jangkitan COVID-19 yang dilaporkan sebelum ini telah diisytiharkan tamat sepenuhnya hari ini.
Itu antara perkembangan terkini berkaitan penularan wabak COVID-19 di negara ini seperti yang dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Berikut lima perkara penting yang dinyatakan beliau dalam satu kenyataan hari ini:
1. 5 kes baharu COVID-19: 3 kes import, 2 jangkitan tempatan
2. Kes import: 2 warganegara Malaysia, satu pemastautin tetap
3. 2 lagi kluster tamat hari ini; Kluster Gombak dan Kluster Pangsapuri Cheras
4. Kluster Gombak: 200 orang disaring, 5 kes yang positif melibatkan semua warganegara Malaysia
5. Kluster Pangsapuri Cheras: 144 orang disaring, daripada 8 kes positif, seorang warga Indonesia, selebihnya warganegara Malaysia.
#COVID19 #Dr Noor Hisham Abdullah #Jangkitan tempatan #kes positif #kesihatan #Kluster Gombak #Kluster Pangsapuri Cheras #koronavirus