Dua lagi kawasan dikenakan PKPD di Sabah dan Sarawak
Madiha Abdullah
Februari 22, 2021 17:50 MYT
Februari 22, 2021 17:50 MYT
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di dua lagi kawasan di Sabah dan Sarawak, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, lokasi terbabit ialah Kampung Emperoh Jambu di Kuching dan Kampung Tanah Merah, Kota Marudu.
"Sebanyak 60 kes positif COVID-19 dilaporkan di lokaliti ini dan Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat peningkatan mendadak jumlah kes tersebut.
"PKPD ini akan membolehkan pihak berkuasa melaksanakan saringan bersasar ke atas 1,215 penduduk " katanya dalam kenyataan media harian, pada Isnin.
Katanya, PKPD di Kampung Tanah Merah, membabitkan 545 penduduk.
"Terdapat peningkatan kes di lokaliti ini dengan 57 orang didapati positif daripada 226 ujian saringan yang dijalankan," ujarnya.
PKPD di kedua-dua kawasan ini akan bermula dari 23 Februari hingga 8 Mac 2021.
#COVID-19
#Kuching
#Kota Marudu
#PKPD
#perintah kawalan pergerakan diperketat
#kes positif
#Kementerian Kesihatan
#ismail sabri yaakob