Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini mengisytiharkan dua lagi kawasan baharu wabak anjing gila atau Rabies yang didapati positif iaitu di kawasan Kampung Entubuh, Tebedu dan Batu 5, Jalan Semeba, Kuching.
Sekretariat JPBN Sarawak dalam satu kenyataan berkata keputusan itu dibuat hasil perbincangan Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi JPBN Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Dr Sim Kui Hian di Hangar Hornbill Skyways Sdn Bhd pagi ini.
"Pengisytiharan warta ini dimaklumkan kerana terdapat kes positif virus ini pada anjing di kedua-dua kawasan berkenaan. Oleh itu, semua masyarakat terutamanya di kawasan terbabit dikehendaki menjaga anjing mereka di kawasan rumah masing-masing dan tidak membiarkan ianya berkeliaran," kata kenyataan itu.
Sekretariat itu berkata berikutan tambahan dua kawasan itu jumlah kawasan wabak telah bertambah kepada 20 kawasan.
"Di Serian, kawasan terjejas ialah Kampung Krait, Kampung Paon Rimu, Kampung Paon Rimu Bakung, Kampung Remun, Kampung Lebor, Kampung Saroban, Kampung Tangga, Kampung Ampungan, Kampung Mentong Berawan, Kampung Mentong Silaga, Kampung Engkabang, Kampung Tampek Sumpas, Kampung Rasau, Pekan Siburan, Bandar Serian dan Batu 45, Kuching-Sri Aman.
"Di Tebedu pula selain Kampung Entubuh, kawasan lain yang terlibat ialah Kampung Temong Mura manakala di Sri Aman ialah Rumah Janta Punggu Mawang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 23 2017
![Dua lagi diisytihar kawasan wabak rabies baharu Dua lagi diisytihar kawasan wabak rabies baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/81443020127_rabiesanjing.jpg)
Berikutan tambahan dua kawasan itu jumlah kawasan wabak telah bertambah kepada 20 kawasan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Sarawak mahu wujudkan kursus Bahasa Iban di Unimas - Douglas Uggah Sarawak mahu wujudkan kursus Bahasa Iban di Unimas - Douglas Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705932071_DouglasUggahEmbas.jpg)
Sarawak mahu wujudkan kursus Bahasa Iban di Unimas - Douglas Uggah
Kerajaan Sarawak akan berbincang dengan pihak Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) untuk mendapatkan persetujuan.
![Pelabuhan Bintulu diserah kepada Sarawak Jun ini Pelabuhan Bintulu diserah kepada Sarawak Jun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704754842_TBUKAS.jpg)
Pelabuhan Bintulu diserah kepada Sarawak Jun ini
Kesepakatan bagi memuktamadkan penyerahan itu dicapai pada mesyuarat Jawatankuasa Bersama Persekutuan-Negeri di Kuching pada Isnin.
![Sambutan Krismas: Kekal waspada terhadap COVID-19 - Uggah Sambutan Krismas: Kekal waspada terhadap COVID-19 - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681626345_TBunggah.jpg)
Sambutan Krismas: Kekal waspada terhadap COVID-19 - Uggah
Rakyat Sarawak digesa supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah pencegahan bagi membendung penularan COVID-19 menjelang sambutan Krismas esok.
![Produk kraf Iban perlu daftar hak cipta - Uggah Produk kraf Iban perlu daftar hak cipta - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692808573_DatukAmarDouglas.jpg)
Produk kraf Iban perlu daftar hak cipta - Uggah
Produk kraf kaum Iban perlu didaftarkan dengan Jabatan Warisan Negara bagi melindungi hak cipta, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
![Rabies: IBET telah vaksin 70 peratus anjing dalam kawasan penugasan Rabies: IBET telah vaksin 70 peratus anjing dalam kawasan penugasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681626345_TBunggah.jpg)
Rabies: IBET telah vaksin 70 peratus anjing dalam kawasan penugasan
IBET yang ditugaskan untuk memberi suntikan vaksin di sepanjang kawasan sempadan Sarawak juga akan meneruskan kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
![Sarawak terima 92 projek Persekutuan bernilai RM1.092 bilion - Uggah Sarawak terima 92 projek Persekutuan bernilai RM1.092 bilion - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51671791869_DouglasUggahEmbas.jpg)
Sarawak terima 92 projek Persekutuan bernilai RM1.092 bilion - Uggah
Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) Sarawak telah menerima senarai 92 projek infrastruktur bernilai RM1.092 bilion daripada kerajaan Persekutuan.
![Kontraktor dipecat jika gagal mula kerja dalam tempoh sebulan - Douglas Uggah Kontraktor dipecat jika gagal mula kerja dalam tempoh sebulan - Douglas Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51671791869_DouglasUggahEmbas.jpg)
Kontraktor dipecat jika gagal mula kerja dalam tempoh sebulan - Douglas Uggah
Kontraktor yang berjaya mendapatkan tender bagi projek kerajaan di Sarawak wajib memulakan kerja dalam tempoh sebulan selepas pelantikan.
![Banjir Sarawak: PPS tutup sedia dibuka semula jika diperlukan - Uggah Banjir Sarawak: PPS tutup sedia dibuka semula jika diperlukan - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51672036513_TBunggah.jpg)
Banjir Sarawak: PPS tutup sedia dibuka semula jika diperlukan - Uggah
Pengerusi JPBNS Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pihaknya telah memberi arahan kepada Pejabat Daerah dan Pejabat Residen di setiap bahagian untuk bersiap siaga berdepan sebarang kemungkinan.
![Tiada alasan untuk tangguhkan Projek Jambatan Rambungan - Uggah Tiada alasan untuk tangguhkan Projek Jambatan Rambungan - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670322193_ProjekjambatanRam.jpg)
Tiada alasan untuk tangguhkan Projek Jambatan Rambungan - Uggah
Kontraktor projek Jambatan Rambungan diminta segera siapkan projek berkenaan yang lewat hampir tiga tahun berbanding jadual asal.
![Tiada kes subvarian XBB dilaporkan di Sarawak Tiada kes subvarian XBB dilaporkan di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667293529_COVID.jpg)
Tiada kes subvarian XBB dilaporkan di Sarawak
Sarawak akan terus melakukan pengawasan ketat walaupun tiada kes subvarian COVID-19 XBB dilaporkan di negeri itu setakat hujung September 2022.