Dua kilang di Shah Alam terbakar

Astro Awani
Februari 28, 2022 09:47 MYT
Kilang percetakan di Jalan Beremban Seksyen 15 ini terbakar hampir 90 peratus dalam kejadian awal pagi tadi. -JBPM
SHAH ALAM: Dua buah kilang di Shah Alam terbakar dalam dua kejadian berbeza awal pagi tadi.
Dalam kejadian di Jalan Beremban, Seksyen 15, sebuah kilang percetakan terbakar hampir 90 peratus.
Menurut Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, pihaknya menerima laporan jam 6.10 pagi tadi dan menggerakkan jentera ke lokasi kejadian.
“Tujuh jentera dengan kekuatan 40 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan,” katanya.
Sementara itu, dalam satu lagi kejadian jam 1.30 pagi tadi di Jalan Sepat, Seksyen 17 di sini, sebuah kilang dilaporkan terbakar 50 peratus.
Bagaimanapun tiada insiden kemalangan jiwa dilaporkan di kedua-dua lokasi kebakaran.
Punca kejadian masih disiasat.
Insiden kebakaran itu turut dilaporkan pengguna media sosial.

Bangun pagi je ade view kebakaran macam ni.. What happened? @twtshah_alam @501Awani @brgsjks pic.twitter.com/nWYm9ZX8zw

— (@tyratalib) February 27, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ada kebakaran ke area #shahalam #selangor pic.twitter.com/NTu5JfbpT1

— Ben Impossible (@ben_impossible) February 27, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

SEMENTARA itu pada awal pagi tadi, berlakunya satu kebakaran melibatkan sebuah Kilang Percetakan Sun Sun di Seksyen 15 Shah Alam pic.twitter.com/N6HIy8OoyA

— HAZIQ ASYRAF JR (@Haziq_Escobar) February 28, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bomba #dua kilang terbakar #Seksyen 15 #Norazam Khamis
;