Dua kementerian bincang kerjasama urus hospital pengajar universiti awam

Bernama
Mac 20, 2019 21:17 MYT
MASZLEE: Diharapkan hubungan baik kedua-dua kementerian ini dapat diteruskan bagi memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. - Gambar fail
Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan mengadakan perbincangan dua hala bagi mewujudkan kerjasama strategik dalam pengurusan hospital pengajar universiti (HPU) awam.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dalam satu kenyataan berkata pelbagai perkara penting melibatkan bidang tugas kedua-dua kementerian itu turut dibincangkan pada Rabu.
Beliau berkata perbincangan itu dapat mengukuhkan kesepakatan antara dua kementerian dalam pembangunan insan.
"Ada beberapa perkara penting lain yang turut dibincangkan dan akan diumumkan kelak.
"Diharapkan hubungan baik kedua-dua kementerian ini dapat diteruskan bagi memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada rakyat," katanya.
-- BERNAMA
#Dr Maszlee Malik #hospital pengajar universiti #HPU awam #Kementerian Kesihatan #Kementerian Pendidikan #kerjasama strategik #Menteri Pendidikan #pembangunan insan #pengurusan hospital #perbincangan dua hala